Author:
• Friday, October 09th, 2009
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM / MISKIN BAIT AL-AMINAnak-anak Bait al-Amin
Selamat menjamu selera
TARIKH
11HB OKTOBER 2009
HARI
A H A D
MASA
2.30 PM – 6.30 PM
TEMPAT
TERATAK RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
PARIT, PERAK
JEMPUTAN KHAS
KUMPULAN NASYID FAR EAST
SEMOGA KEHADIRAN SDR/SDR AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TERSEBUT.

DARIPADA

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Category: Berita Bait al-Amin  | Tags: ,  | One Comment
Author:
• Thursday, June 25th, 2009
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN WAKAF TABUNG PEMBANGUNAN ASRAMA RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
PADA
27HB JUN 2009 / 04 REJAB 1430 H
JAM
2.30 PETANG
TEMPAT
RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
“SEMOGA KEHADIRAN SDR/SDRI AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KAMI”
TERIMA KASIH
DARIPADA
ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN
Author:
• Tuesday, June 09th, 2009
Jauh menung anak-anak ini…tak tahu apa yang mereka fikirkan. Tanpa mereka sedari aku merakam photo anak-anak ini ketika mereka bersantai sepetang di Teratak Bait Al-Amin.Mungkin juga anak-anak ini teringatkan orang yang tersayang…ya, ayah mereka yang telah pergi buat selama-lamanya menemui ilahi, juga buat ibu yang tercinta entah apa yang dibuat ketika ini. Mungkin anak-anak ini menanti dengan penuh harapan agar ada ibu yang tercinta menjenguk anak-anak ini di Teratak Bait Al-Amin…satu penantian demi satu penantian…yang pasti hampa, …mana mungkin ibu kalian akan datang ke teratak ini wahai anak-anak ku…ibu kalian jauh, susah..bekerja mencari rezeki demi sesuap nasi.
Fitri yang masih menongkat dagu…ayah telah pergi buat selama-lamanya, ibu hilang entah kemana..kasih sayang menumpang pada atuk dan nenek..setiap kali Fitri telefon nenek…nenek selalu sakit-sakit sekarang, macammana atuk dan nenek nak datang menjenguk…atuk terpaksa jaga nenek.
Iskandar berbaju kuning….empat beradik tinggal di Teratak Bait Al-Amin. Mana mungkin ibu yang jauh di Kuala Kurau datang untuk menjenguk…ibu pun susah bekerja mencari rezeki..tapi ibu tetap sayang…tatkala satu ketika ketika ayah dan abie menjemput kalian untuk balik ke Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni…ibu sempat mencium dahimu..ibu hulurkan Seringgit …walaupun ibu tahu ibu tiada mempunyai wang….mungkin itu yang iskandar ingatkan.

Hezal atau panggilan manja Dida…anak yang comel, terlalu mentah untuk ia memahami situasi keadaan hari-hari yang terpaksa dilalui bersama teman-teman tanpa hadirnya orang yang tersayang.Ibu terpaksa bekerja di kedai makan demi mencari rezeki, menumpang dirumah atuk yang juga agak susah kehidupannya.Adakalanya adik yang bongsu berumur 3 th sampai terdemam-demam mungkin merindui abangnya di Teratak Bait Al-Amin.

Ketika ini aku membawa anak-anak ini menziarahi kubur ayah dan ibu yang telah pergi buat selama-lamanya.Ya…kalian sebenarnya terlalu amat merindui ayah dan ibu yang telah tiada. Teruskanlah berdoa anak-anak ku…yang pasti hubungan kalian buat ibu dan ayah tercinta tidak akan terhenti melainkan doa dari anak-anak yang soleh…mungkin ayah dan ibu pasti tersenyum dan gembira apabila kalian sudi bertandang walaupun hanya ke makam ayah dan ibu tercinta.
Ayah…Ibu…tiada lagi belaian kasih sayang yang dikau berikan pada kami.Terlalu cepat kalian pergi meninggalkan anak-anak mu yang masih lagi belum puas merasa nikmat kasih sayang bersamamu. Mana mungkin anak-anak mu melupai jari jemari yang mengusap-usap kepala anak-anak mu dengan penuh kasih…mana mungkin anak-anak mu terus melupai hari-hari yang pernah dilalui bersama ayah tercinta ketika menghantar anak-anak mu ke sekolah setiap pagi..mana mungkin anak-anakmu melupai air tangan ibu yang memasak makanan kesukaan kami setiap hari…..Tapi, semuanya tiada lagi…hanya tinggal kenangan…ayah , ibu…kini anak-anak mu tinggal diTeratak Bait Al-Amin bersama teman-teman yang senasib dengan anak-anakmu…menumpang kasih bersama teman-teman juga mengharap secebih kasi pada ayah, ibu, abie dan Umie.
Ayah….Ibu….ketahuilah sesungguhnya anak-anakmu ini terlalu amat MERINDUIMU….Alfatihah.
Author:
• Sunday, June 07th, 2009
Bergambar Dihadapan Makam Mahsuri
Sempat Memberi Arnab-arnab Makan

Kenangan Di Dalam Cable Car

Santai Di Pantai Chenang – Putera Bait Al-Amin
Santai Di Pantai Chenang- Puteri Bait Al-Amin
Bersukaneka Di Pantai Chenang…Tarik jangan tak tarik…
Susahnya Nak Pecahkan Belon ni….Ikmal..Ikmal
Berendam Di Kolam – Di Nadiass Inn Resort Langkawi
Seronoknya Dapat Beremdam..
Seadar tak sedar dah seminggu cuti persekolahan berlalu. Semasa catatan ini dicoretkan Teratak Bait Al-Amin sunyi sepi kerana anak-anak Bait Al-Amin masih lagi bercuti balik ke kampung halaman masing-masing…ya, walaupun mereka tiada ayah..tapi masih ada ibu yang lama menunggu…bagi yang tiada ayah dan ibu…mereka punyai nenek atau atuk untuk tempat bermanja.

Alhamdulillah…baru-baru ni bermula cuti sekolah ..Semua Anak-anak Bait Al-Amin berkesempatan pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Terima kasih atas atas tajaan hamba-hamba Allah di luar sana.. Dah lama anak-anak Bait Al-Amin mengidamkan untuk pergi ke Pulau Langkawi..namun masa yang tidak mengizinkan. Syukur Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan juga permintaan anak-anak ini…yang pasti, sesungguhnya aku cukup puas apabila melihat kegembiraan yang teramat sangat pada anak-anak ini…kalian memang bertuah anakku.

Author:
• Wednesday, May 27th, 2009

Aktiviti Di Hujung Minggu….kebiasaannya banyak program yang dijalankan di Teratak Bait Al-Amin biasanya dibuat samada hari Sabtu dan Ahad. Seandainya tiada program di Bait Al-Amin..anak-anak ini akan menghabiskan masa bersantai beramai-ramai di Tanah Kebun yang berhampiran dengan Rumah Anak-anak Bait Al-Amin. Alhamdulillah, tanah kebun tersebut telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah kepada Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Setidak-tidaknya masa yang terluang digunakan untuk berbakti kepada tanah….InsyaAllah, sekarang ni Anak-anak Bait Al-Amin sedang sibuk menanam pelbagai jenis pokok tanaman dan sayur-sayuran di kebun tersebut…ada juga yang mencari peluang memancing ikan di taliair berhampiran kebub tersebut….seronok sangat.

Seawal Pagi dihujung minggu sebelum ke ke kebun, anak-anak Bait Al-Amin biasanya akan mengikut ayah dan abie ke Pantai Remis untuk mengambil ikan-ikan yang baru sahaja diturunkan dari kapal-kapal nelayan. Segar-segar ikan yang kami perolehi. Habis sahaja bekalan ikan basah di asrama barulah kami pergi ke Pantai Remis. Kebiasaanya dalam masa seminggu atau dua minggu.

Author:
• Wednesday, May 27th, 2009
Bergambar Dihadapan Masjid Paloh Ipoh
Sedang Membuat Catatan Bahan-bahan Bersejarah

Minggu lepas aku membawa anak-anak Bait Al-Amin meredah Bandaraya Ipoh untuk mencari Bangunan-bangunan bersejarah bagi tujuan Kerja Kusus untuk Matapelajaran Sejarah. Sebenarnya banyak bangunan-bangunan bersejarah di Bandaraya Ipoh termasuklah Bangunan KTM, Dewan Bandaraya, Mahkamah Ipoh, Masjid-masjid dll.
Bagi aku…Tugasan kerja kusus tersebut amat penting bagi tujuan pemarkahan subjek Sejarah untuk PMR. Sebagai ayah, aku akan cuba pastikan anak-anak ini membuat tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Muzaimi & Iswandi, dua pelajar Bait Al-Amin yang kini sedang berada di kursus PKLN dan juga SM. Teknik Tanah Merah Kelantan. Muzaimi menjalani kursus PKLN di Kem Suria Sungkai…InsyaAllah beberapa hari lagi tamatlah kursus tersebut. Mudahan-mudahan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat bila keluar nanti. Manakala Iswandi pula kini sedang melanjutkan pelajaran di Sek. Men.Teknik Tanah Merah Kelantan.Alhamdulillah…biar sejauh mana sekalipun asalkan ada kemahuan untuk belajar aku pasti akan menghantarnya. Bagi aku harta yang sebenar-benarnya adalah Ilmu yang dicari selama ini.

Author:
• Wednesday, May 27th, 2009
Bersama Mahasiswa UPSI
Bersama Mahasiswi UPSI
Salam Tanda Ingatan Kasih Buat Anak-anak Bait Al-Amin

Masih belum terlambat pihak Bait Al-Amin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan pelajar-pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim ke Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni. Program tersebut dinamakan “Khidmat Bakti Sayang Di Sayang” anjuran Biro Kebajikan Dan Kemasyarakatan JMK Unit Khidmat Luar Kampus. Kehadiran kalian pasti membuatkan anak-anak Bait Al-Amin sentiasa gembira dan ceria kerana masih ada insan-insan yang sudi mendampingi anak-anak ini…..Terima Kasih Daun Keladi,…jangan lupa datang lagi.

Author:
• Tuesday, May 26th, 2009

SaLaM DaRi KaMi AnAk-AnAk BaIt Al-AmIn
TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi BeRtAnDaNg
Ke TeRaTaK BaIt Al-Amin
Author:
• Tuesday, May 26th, 2009
Kenangan Bersama Pelajar-pelajar SM.Teknik Seri Iskandar
Sebahagian Pelajar SM.Teknik Seri Iskandar

Gotong Royong Menanam Pokok Bunga

Membersih Dan Menceriakan Rumah Anak-anak Bait Al-Amin

Syukur Alhamdulillah…Teratak Bait Al-Amin sentiasa dikunjungi oleh masyarakat yang perihatin akan kehidupan anak-anak di Bait Al-Amin. Baru-baru ni Seramai Lebih kurang 80 Orang pelajar dan guru-guru dari Sek. Men. Teknik Seri Iskandar turut serta dalam kunjungan Ziarah Silaturrahim bersama anak-anak Yatim di Teratak Bait Al-Amin. Kehadiran pelajar-pelajar dari SM. Teknik tersebut turut mengadakan gotong royong menanam pokok bunga bagi menceriakan lagi suasana persekitaran Teratak Bait Al-Amin…Sekalung Terima Kasih Dari Anak-anak Bait Al-Amin.

Author:
• Tuesday, May 26th, 2009
Turut Sama Anak-anak Yatim Dari Nurul Iman Manjoi (Baju Hijau)

Berkampung di Kem Titian Cemerlang SK.Bakap
Alhamdulillah…baru-baru ni lima orang anak yatim Bait Al-Amin yang bakal menduduki UPSR tahun ni turut sama berpeluang menghadiri Kem Titian Cemerlang yang dianjurkan oleh SK.Bakap Batu Gajah yang dikendalikan oleh KDP 14 Institut Perguruan Ipoh. Sesungguhnya program tersebut sangat bermakna buat anak-anak Bait Al-Amin dalam membentuk sahsiah keperibadian diri untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti.Buat Husna, Zawani. Shafiq. Kamarudin dan Kamarul….Ayah, Ibu, Abie Dan Umie serta anak-anak yang lain tetap mendoakan kejayaan kalian.