• Wednesday, May 27th, 2009

Aktiviti Di Hujung Minggu….kebiasaannya banyak program yang dijalankan di Teratak Bait Al-Amin biasanya dibuat samada hari Sabtu dan Ahad. Seandainya tiada program di Bait Al-Amin..anak-anak ini akan menghabiskan masa bersantai beramai-ramai di Tanah Kebun yang berhampiran dengan Rumah Anak-anak Bait Al-Amin. Alhamdulillah, tanah kebun tersebut telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah kepada Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Setidak-tidaknya masa yang terluang digunakan untuk berbakti kepada tanah….InsyaAllah, sekarang ni Anak-anak Bait Al-Amin sedang sibuk menanam pelbagai jenis pokok tanaman dan sayur-sayuran di kebun tersebut…ada juga yang mencari peluang memancing ikan di taliair berhampiran kebub tersebut….seronok sangat.
Seawal Pagi dihujung minggu sebelum ke ke kebun, anak-anak Bait Al-Amin biasanya akan mengikut ayah dan abie ke Pantai Remis untuk mengambil ikan-ikan yang baru sahaja diturunkan dari kapal-kapal nelayan. Segar-segar ikan yang kami perolehi. Habis sahaja bekalan ikan basah di asrama barulah kami pergi ke Pantai Remis. Kebiasaanya dalam masa seminggu atau dua minggu.
Komen Terkini