• Wednesday, May 27th, 2009
Masih belum terlambat pihak Bait Al-Amin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan pelajar-pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim ke Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni. Program tersebut dinamakan “Khidmat Bakti Sayang Di Sayang” anjuran Biro Kebajikan Dan Kemasyarakatan JMK Unit Khidmat Luar Kampus. Kehadiran kalian pasti membuatkan anak-anak Bait Al-Amin sentiasa gembira dan ceria kerana masih ada insan-insan yang sudi mendampingi anak-anak ini…..Terima Kasih Daun Keladi,…jangan lupa datang lagi.
Category: Berita Bait al-Amin

sama-sama dari kami barisan JMK unit kediaman luar kampus.