• Sunday, June 07th, 2009
Seadar tak sedar dah seminggu cuti persekolahan berlalu. Semasa catatan ini dicoretkan Teratak Bait Al-Amin sunyi sepi kerana anak-anak Bait Al-Amin masih lagi bercuti balik ke kampung halaman masing-masing…ya, walaupun mereka tiada ayah..tapi masih ada ibu yang lama menunggu…bagi yang tiada ayah dan ibu…mereka punyai nenek atau atuk untuk tempat bermanja.
Alhamdulillah…baru-baru ni bermula cuti sekolah ..Semua Anak-anak Bait Al-Amin berkesempatan pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Terima kasih atas atas tajaan hamba-hamba Allah di luar sana.. Dah lama anak-anak Bait Al-Amin mengidamkan untuk pergi ke Pulau Langkawi..namun masa yang tidak mengizinkan. Syukur Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan juga permintaan anak-anak ini…yang pasti, sesungguhnya aku cukup puas apabila melihat kegembiraan yang teramat sangat pada anak-anak ini…kalian memang bertuah anakku.
Category: Berita Bait al-Amin

Komen Terkini