Author:
• Tuesday, May 26th, 2009

Anak-anak Bait Al-Amin Turut Serta Dalam Program Gotong Royong

Anggota Balai Bomba Parit Turut Dalam Menjayakan Gotong Royong
Di Bait Al-Amin

Bergambar Bersama Anggota Bomba Diketuai En. Amir Selepas Majlis Gotong Royong
Di Bait Al-Amin

“CARI & MUSNAH”…Kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Daerah Perak Tengah dalam mencegah wabak penyakit demam denggi dan juga Chikungya. Anak-anak Bait Al-Amin juga turut serta di dalam program kemasyarakatan tersebut bersama penduduk setempat dan juga kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah.

Terima kasih juga buat Kakitangan Balai Bomba Parit yang turut sama mengadakan program gotong royong di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni dalam usaha dan matlamat yang sama bagi mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Keperihatinan yang ditunjukkan oleh Agensi-agensi terbabait sangat-sangat kami di Bait Al-Amin menghargainya.

Author:
• Wednesday, May 20th, 2009
Uncle Chef Sibuk Melayan Kerenah Anak-anak
Adik Hezal Ketika Memotong Kek..Sedih Dalam Gembira
Anak-anak Yang Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran
Selamat Hari Lahir Buat Anak-anak Bait Al-Amin Yang Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Baru-baru ini. Semoga Menjadi Anak-anak Yang Soleh Dan Solehah.
Walaupun Tiada Ibu Dan Ayah Disisi Kalian Semasa Menyambut Hari Ulangtahun…Namun Hadirnya Teman-teman Disisi Mengubat Kerinduan Anak-anak Sekelian Selama Ini.

Ayah, Ibu, Abie Dan Umie Pastinya Gembira Bila Melihat Kalian Tersenyum Dan Gembira Di Hari Ulangtahun Kali Ini…..

“HAPPY BIRTHDAY’
Author:
• Thursday, May 14th, 2009

Anak-anak Bait Al-Amin Bersama CEO Hospital Pantai Dr. Dirshadi
14hb Mei 2009, Alhamdulillah Teratak Bait Al-Amin menerima kunjungan CEO Hospital Pantai Ipoh, Pegawai Perubatan dan kakitangan-kakitangan Hospital Pantai Ipoh. Jam 2.45 p.m anak-anak Bait Al-Amin menerima kunjungan para tetamu dengan penuh rasa gembira. Majlis Ikatan Ukhwah terjalin erat bersama anak-anak Bait Al-Amin. Kedatangan para kakitangan-kakitangan Hospital Pantai Ipoh sangat murni dalam usaha menjalankan kerja-kerja amal, melakukan pemeriksaan kesihatan buat anak-anak Bait al-Amin serta turut jua meringankan tulang dalam melakukan kerja-kerja gotong royong. Pihak Bait Al-Amin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Pantai Ipoh.

Author:
• Wednesday, February 25th, 2009
LIMA ADIK BERADIK YATIM-PIATU & DUA ANAK YATIM MENJADI KELUARGA BAIT AL-AMIN

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…termenung jauh seorang ibu tunggal yang menerima kehadiran 5 orang anak saudaranya yang menjadi yatim-piatu setelah perginya kedua ibu-bapa mereka menghadap ilahi , disamping dua orang anaknya yang menjadi yatim setelah suaminya juga menyahut panggilan ilahi.
Hanya bertugas sebagai Guru Kafa dengan pendapatan hanya RM500.00 dengan kehidupan yang tidak begitu selesa menjadikan ibu tunggal ini acapkali termenung memikirkan masa hadapan anak dan anak saudaranya.

Aku diberitahu oleh Kakak Ipar yang bertugas sebagai pendidik yang mengajar anak-anak tersebut akan permasalahan mereka, lalu aku cuba mengatur janji untuk menziarahi anak-anak tersebut.Ya..memang benarlah kata orang Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul…Berat kepada ibu tunggal yang menjaga anak-anak tersebut.
Anak-anak Yatim dan Yatim-Piatu Merenung Masa Hadapan Mereka
Aku juga termenung sendirian…apakah harus aku mengambil anak-anak ini untuk ditempatkan di Bait Al-Amin. Lima orang anak Yatim-piatu dan Dua orang Anak Yatim..tujuh orang semuanya, dimana 2 orang anak lelaki dan 5 orang perempuan sedari kecil umur 6TH. Dengan jumlah pelajar yang sediada seramai 45 Orang sudah cukup buat masa ini dipenuhi di Teratak Bait Al-Amin. Malah sebelum ini aku terpaksa menolak dengan cara baik kemasukan anak-anak Yatim diluar sana untuk memohon tinggal disini..yang mana aku mereka masih lagi boleh dijaga oleh ibu masing-masing.
Memang tidak sepatutnya aku menolak kemasukan mereka,…namun apakan daya keadaan infra Asrama yang belum betul-betul lagi selesa buat mereka terutama Asrama Puteri. Setakat untuk memberi makan minum biarpun seratus orang pelajar InsyaAllah mungkin aku boleh berikan..namun tertunaikah tanggungjawab aku untuk memberi pendidikan yang begitu sempurna buat anak-anak tersebut..tak kira dari segi ilmu duniawi dan juga ilmu akhirat untuk bekalan disana nanti.
Rumah Yang Menjadi Tempat Berteduh Anak-anak Ini Dari Panas Dan Hujan
Terlalu besar amanah yang harus aku laksanakan buat Anak-anak di Bait Al-Amin. Memang dalam perancangan aku untuk menggantikan Asrama Puteri (Bangunan Kayu) yang sediada untuk aku dirikan bangunan Asrama Dua tingkat yang meliputi asrama puteri, kantin, surau dan perpustakaan yang lebih sempurna. Namun apakan daya semua itu perlukan Dana yang sedang aku usahakan.
Namun setelah aku amati nasib dan rintihan anak-anak yatim-piatu tersebut, hati aku benar-benar terusik..apatah bila aku tatapi wajah anak kecil yang paling bongsu berumur 6 Tahun Nur Rashidah..Dia seakan merindui kehadiran ayah dan ibu tercinta..namun segalanya telah tiada…walaupun ada cubaan individu untuk mengambil sebahagian anak-anak ini…namun mereka tidak mahu berpisah adik beradik…airmatanya mengalir yang pasti terlalui merindui belaian kasih sayang dari seorang ayah dan ibu…kini semuanya tiada lagi.
Lantas..setelah aku tatapi satu persatu wajah anak-anak ini..satu pengharapan yang terpancar dari anak-anak ini inginkan pembelaan dalam kehidupan mereka. Aku bersetuju untuk mengambil anak-anak tersebut walaupun dalam keadaan tempat yang tidak begitu memberi keselesaan sepenuhnya buat anak-anak puteri…namun aku percaya rezeki yang datangnya dari Allah pasti ada buat anak-anak tersebut.
Ya Allah…kepadamu jualah ku pohon agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk aku memikul amanah yang diberikan kepada ku buat hari-hari yang aku lalui bersama Anak-anak di Teratak Bait Al-Amin ini….amien.
Author:
• Wednesday, February 25th, 2009
PEMERIKSAAN KESIHATAN ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN OLEH PERSATUAN PERUBATAN HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG, BOTA PERAK.
21hb Febuari 2009…Alhamdulillah, teratak Bait Al-Amin dikunjungi oleh Persatuan Perubatan Hospital Changkat Melintang, Bota Perak dengan tujuan untuk menjalankan kerja-kerja amal bagi pemeriksaan kesihatan buat Anak-anak Bait Al-Amin.
Turut serta Dr. Noraishah selaku Pengarah Hospital Changkat Melintang dan juga lebih 20 Orang kakitangan perubatan. Keperihatinan yang ditunjukkan oleh kakitangan Persatuan Perubatan sangat-sangatlah kami hargai. Serba-serbi anak-anak Bait Al-Amin menjalani pemeriksaan.

Sepatah Kata Dari Dr. Noraishah Selaku Pengarah Hospital Changkat Melintang
Dr. Noraishah Menerangkan Sesuatu Kepada Anak-anak Bait Al-Amin

Khairul Al-Mukmin Antara Anak-anak Bait Al-Amin Menjalani Pemeriksaan Kesihatan

Adik Zulaikha Dan Aina Turut Menjalani Pemeriksaan Kesihatan

Anak-anak Puteri Bait Al-Amin Mendengar Penerangan Dari Salah Seorang Kakitangan Perubatan


Syukur Alhamdulillah..Pihak Bait Al-Amin Mengucapkan Berbanyak-banyak Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Persatuan Perubatan Changkat Melintang Di Atas Keperihatinan Yang Ditunjukkan Buat Anak-anak Bait Al-Amin…Sedikit Sebanyak Ada Rasa Dan Kasih Sayang Buat Anak-anak Bait Al-Amin Ini.

Author:
• Monday, February 23rd, 2009
SANTAI BBQ BERSAMA KENCANA-HL SDN.BND. KG. ACHEH SETIAWAN

Persediaan BBQ

Bakar jagan tak Bakar…Nizam, Amar, Ikmal Dan Azmer
Sebahagian juadah pada malam Santai BBQ
Memang dah tak sabar nak makan…Banyaknya Juadah


Suasana Malam Santai BBQ…Cukup Meriah

Alhamdulillah kembali lagi, Pejam celik-pejam celik…cepat benar masa berlalu. Terasa begitu pantas sekali. Dah lebih sebulan aku tidak mengemaskini blog Bait Al-Amin. Bukan tak ada cerita nak dipaparkan, malah banyak cerita sepatutnya dipaparkan disini…namun disebabkan kesuntukan waktu..terpaksa ianya ditangguhkan sementara. Kesibukan menguruskan 50 oarang anak-anak Bait Al-Amin dengan hanya 5 orang penjaga almaklum sahajalah, seawal jam 5.00 pagi sampailah jam 1 atau 2 pagi ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan…namun alah tegal lagi biasa.
Alhamdulillah baru-baru ni Teratak Bait Al-Amin dikunjungi kakitangan-kakitangan dari Syarikat KENCANA -HL SDN.BHD, kg. Acheh Setiawan. Kunjungan mereka untuk bersama anak-anak Bait Al-Amin dalam majlis santai BBQ di Teratak Bait Al-Amin. Ya Allah…murah benar rezeki anak-anak ni. Bukan setakat Ayam Bakar, malah ikan Bakar, Udang, Makanan-makanan Laut, Jagung Bakar, Bubur, Nasi Goreng Kampung, Bihun Goreng dan banyak lagi juadah yang disediakan. Sudah pasti anak-anaklah orang yang paling gembira.
Bagi pihak Bait Al-Amin, terima kasih yang tidak terhingga dari kami buat Semua kakitangan Kencana -HL Sdn. Bhd. Kg. Acheh Setiawan yang sudi memeriahkan malam santai BBQ bersama Anak-anak Bait Al-Amin. Sekalung penghargaan Tahniah buat Cik Syuhada Bt. Abd. Manaf selaku koordinator yang bersusah payah menjayakan program tersebut…InsyaAllah kalau ada masa jemputlah bertandang lagi.
Author:
• Saturday, January 17th, 2009
Bergambar Dihadapan Dewan Canselor UTP
Aspuri Bersama Dengan Hadiah Yang Diperolehi

Aspura Bersama dengan Hadiah yang diperolehi
17hb Januari 2008 Seawal jam 7.00 pagi Anak-anak Bait Al-Amin telah berkumpul dihadapan Asrama menanti Bas yang akan membawa mereka ke UTP bagi program sukaneka bersama PETRONITA. Program tersebut adalah program kebajikan yang dianjurkan oleh petronita dalam usaha merapatkan lagi ikatan ukhwah bersama anak-anak Yatim. Turut serta dalam program tersebut selain daripada Anak-anak Bait Al-Amin ialah Anak-anak Yatim dari Darhikmah Gopeng.

Author:
• Wednesday, January 14th, 2009
Abg Zul Duduk Di Tengah-tengah

13hb Januari 2009..Alhamdulillah hari ini aku menghantar Abg Zul mendaftarkan diri sambung pengajian di Kolej Komuniti Teluk Intan Cawangan Manjung.Syukurlah…seawal pagi lagi aku menghantar Abg Zul ke Kolej Komuniti..uruskan segala pendaftaran beliau.Abg Zul ambil kursus pengajian Senibina salah satu cabang dlm bidang Kejuruteraan Awam. InsyaAllah banyak peluang pekerjaan menanti dihadapan apabila tamat pengajian nanti…atau pun mungkin satu hari nanti abang zul akan mengambil alih tempat aku didalam bidang kejuruteraan yang aku lalui ketika ini…Aku harap anak-anak Bait Al-Amin yang lain akan mengikuti jejak langkah Abg Zul untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi lagi…sesungguhnya ilmu itu adalah harta yang paling berharga buat anak-anak Bait Al-Amin bila melangkah keluar nanti….Ayah cuma tumpang gembira bila kalian berjaya nanti.
Author:
• Friday, January 09th, 2009
Berbaris sebelum pergi ke sekolah, serba-serbi dengan pakaian baru.
Sebahagian Pelajar Puteri Bait Al-Amin

Dah Tak Sabar nak pergi ke Sekolah
Doa dibaca sebelum melangkah kaki pergi ke Sekolah
Alhamdulillah…minggu ni anak-anak Bait Al-Amin memulakan sessi persekolahan tahun 2009, kelihatan semuanya nampak ceria dan seronok terutama adik hezal(Dida), Diya, Najihah dan Adam yang memulakan sessi persekolahan Tahun 1. Harapan dari Ayah, Ibu, Abie & Umie agar kalian semua belajar bersungguh-sungguh…kalian semua tetap kami sayangi.

Sebahagian Pelajar Aspura Jamuan Makan Tengahhari

Sebahagian Pelajar Aspuri Jamuan Makan tengahhari

Semperna kedatangan Tahun Baru 1430 Hijrah baru-baru ni, Anak-anak Bait Al-Amin mengadakan kenduri kesyukuran bersama kariah yang berhampiran. Semoga kedatangan tahun baru Hijrah kali ni membawa sinar kebahagian buat Anak-anak Bait Al-Amin.

Author:
• Thursday, December 25th, 2008

Alhamdulillah…syukur masih dipanjangkan umur untuk aku menitipkan bicara buat tatapan para pengunjung yang mengunjungi teratak Bait Al-Amin. Lebih sebulan lamanya aku tidak mencoretkan sesuatu disini disebabkan masa yang tidak mengizinkan..namun alhamdulillah aku cuba juga untuk mencoretkan sesuatu disini. Sepanjang cuti persekolahan ni banyak juga aktiviti yang dijalankan oleh Anak-anak Bait Al-Amin. Walaupun tidak semua yang dapat sertai disebabkan anak-anak masih bercuti, namun sebahagian anak-anak Bait Al-Amin yang berdekatan turut serta dalam beberapa aktiviti yang dijalankan.
Program Ibadah Korban di jalankan di Bait Al-Amin, sebanyak 3 ekor lembu selamat dikorbankan. Ibadah korban kali ini turut disertai oleh anggota-angota Depo Senggara Armada dari TLDM lumut.

Anak-anak Bait Al-Amin turut sama membantu abang-abang tentera melapah lembu yang telah disembelih.

Sebahagian Anak-anak Bait Al-Amin sibuk membungkus daging untuk disedekahkan kepada penduduk berdekatan, disamping tu ada yang memotong daging untuk dimasak..cheff memasak hari tu Tn. Zakaria dari DSA TLDM.

Cheff sedang memasukkan sesuatu bagi menambah kesedapan masakan sup tulang. Lebih 8 jenis menu yang dihidangkan untuk dimakan bersama pada hari tersebut.

Anak-anak Bait Al-Amin menerima sumbangan beg sekolah daripada Pengurus Stesyen Minyak Petronas Seri Iskandar pada hari raya korban ke dua.

Program jiwa murni dijalankan di teratak Bait Al-amin selama seminggu oleh DSA TLDM. Kerja-kerja pembersihan, mengecat, mengemas Asrama dijalankan bersama.
Menyembah ke bumi akhirnya…Cheff hanya memandang saja..dasyat tentera ni.

Diakhir program..penyampaian sumbangan oleh Pegawai Memerintah DSA TLDM .
Kami di pihak Bait Al-Amin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Depo Senggara Armada TLDM yang banyak membantu pihak Bait Al-Amin.
Semua Anak-anak Bait Al-Amin akan kembali semula ke asrama pada 27hb December 2008.
Selamat Kembali Anak-anakku….